Tuesday, March 3, 2009

Malas Tidak Terhingga

Aduh!!!

Aku sungguh malas mengemaskini ataupun mengirim entry (wth is entry in Malay) ke dalam blog. OMG, I sound like a retard trying to post a Malay entry where I shouldn't be because this is a national language for crying out loud. Okay, second try... here goes...

Saya mempunyai banyak perkara untuk dikongsi bersama pengikut blog ini (itu pun jika ada) tetapi saya merasa begitu malas untuk menulis mengenai perkara-perkara tersebut. Saya tidaklah terlalu sibuk di tempat kerja, cuma sekarang ini kami berhadapan dengan krisis Internet yang nampaknya tidak pernah selesai sejak beratus tahun yang dahulu. SIDMA dan Internet tidak pernah mempunyai hubungan yang baik. Saya harap pertelingkahan yang tidak berasas ini akan berakhir jika kami berpindah ke bangunan yang baru.

Ronald,anak buah saya telah memulakan latihan praktikalnya di BentleyTel dan nampaknya dia masih segan dengan rakan-rakan sekerja baru, mungkin kerana dia masih baru lagi.

Oh Tuhan! Some angmoh (damn, I can't resist, can't I) telah menelefon BentleyTel sebentar tadi dan hendak membeli virtual server. Sungguh ironik yang dia juga bernama David yang hendak membeli virtual server dari David. Ooops..pembetulan, bukan angmoh lah... orang dari Peru. LOL. Ceh , saya baru membayangkan yang dia ada iras-iras Bear Grylls dari suaranya di telefon. Hancur imaginasi ku.

Baik lah. Setakat di sini sahaja coretan saya pada hari ini. Sehingga bertemu lagi. Saya berjanji akan menulis mengenai restoran makanan Filipina yang saya kunjungi hujung minggu yang lalu bersama kakak saya, Anni dan adik saya Jeffrey.

Untuk pengetahuan, restoran tersebut ada lah tidak Halal dan terdapat pengunaan khinzir yang berlebihan dalam setiap hidangan. Tapi sedap bah.

4 comments:

Endun said...

warduhhhh macam karangan bahasa melayu la...ahdehhhhhhhh..itu dia!!!

GlamX said...

hahaha..yett..

Endun said...

Bah Cie,mana lagi cerita?syiokkk bah baca u punya blog Eheeeeee...Ilike!!!

GlamX said...

hahaha..teda idea bah...